All life is an experiment. The more experiments you make the better.. Powered by Blogger.
Showing posts with label Al-Kisahnya. Show all posts
Showing posts with label Al-Kisahnya. Show all posts
Update...

Salam to everyone....
Sudah lame tidak mengupdate blog..bizi+xrajin sume menjadi faktor mnyebabkan blog ni terbiar begitu shaja....
Ada mase terluang pon, ttp rase xde mood nk update blog..huhuhu...Hanya sempat singgah dan baca msj yg ade kt chatbox shj tanpa pape update..
Nk update psl ape yer...?

Diri sendiri... 
Xde pe yg berbeza, hanya menjalani kehidupan bese..meniti hari2 mendatang dengan cabaran dan dgaan..
Cuba untuk menerima ketentuan dariNya dengan sabar dan tabah.Sesungguhnya aku hanya insan yg lemah disisiNya..dan setiap yg berlaku ada hikmahNya.Terima kasih ya Allah diatas segala kurniaan yg telah Kau berikan...

Kerja...
Minggu lepas baru blik dr outstation di Port Dickson..selama 2 minggu training dan berkampung di Avillion Admiral Cove, Port Dickson..unforgetable memories with my clicks..
Sempat meluangkan mase berjalan2 mnyusuri pantai PD.(huhuhu, walaupun kje msh xsettle...).

 all of us....~ni uniform opis tp dh mcm kerani tket bas Sani plak..huhu

 training untuk system.......~terpaksa dirahsiakn untk menjaga hati semua pihak...

 kami di pantai PD

 hhahaha..sempat lg singgah Ice Room...

Blik ke opis, smbg lg training seminguu, dan ari ni br ada mase mnyiapkan kerja2 yg perlu disiapkn...

Future life...
Ooppsss...secret in my life...=).




Miss Cahaya : Semalam mimpi dapat anak..erk...pe maknanya eh...Google jap tgk ade die ckp tulis
"...Akan memperoleh rezeki besar...."..Amin....







 







 


New Update

Due some reason, i was not able to update my blog for long time..huhu.I was busy with a couple of things lately...But now, i'm coming back....=)

As u can see, i change my template layout...looks more fresh and simple for me...=) makes me even more excited to update..

Ades...ckp omputih plak...tp bgs jgk, nk improvekn BI..Dlu mase kt U jelah yg praktis, tu pom sbb kena presentation..kalu x, xde nye... And start from now, i nk mix kn bahasa tulisan dlm blog ni..
 (*jgn marah jer pakar2 bahasa semua.., just want to improve my BI writing..)

P/s:this is my blog..so if u're not comfortable with the contents,please leave this page since u're not invited here.
Peace..No war...=)

Saje2 nk tulis...

Akhirnya....3 ari yang agak 'menyeksakanku' telah berlalu...yuhuuu....Bleh la releks2 jap dari duk mengadap kerje jer sampaikn xde ms lansg untuk hiburan sndiri..kuikui, yelah tu......
ermm, tp seyesly, mmg agak tertekan la nk abiskan 3 hari tu, hari2 tdo lmbt pastuu bgn awl nk g kt site...ari ni ingt nk tgk2 kerje smbil menghiburkan diri sndiri..hahhaha....
erm, cter lain plak....

Kisah Adik AminulRashid - Cerita Dari Rakan

Cerita rakan Aminulrasyid cemas.
SHAH ALAM: Seminggu selepas kejadian seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, mati terkena tembakan polis, rakannya semalam tampil membuat penjelasan dan menceritakan detik cemas yang dilalui sebelum Allahyarham terbunuh.
Muhamad Azamuddin Omar, 15, yang menaiki Proton Iswara dipandu Allahyarham pada hari kejadian awal pagi, 26 April lalu, menjelaskan peristiwa itu bermula selepas kereta Aminulrasyid bergesel dengan sebuah kereta berhampiran restoran di Seksyen 7 di sini ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Seksyen 11.

Berikutan kejadian itu, katanya, beberapa penunggang motosikal mengejar mereka menyebabkan Aminulrasyid terpaksa memecut kerana ketakutan.

Muhamad Azamuddin berkata, Aminulrasyid juga tidak mahu terbabit dengan sebarang masalah kerana Allahyarham memandu kereta kakaknya tanpa kebenaran dan mahu pulang terus ke rumah.

"Saya tidak menyangka Aminulrasyid boleh memandu kereta sehingga dia menjemput saya untuk keluar minum di sebuah restoran berhampiran rumah kami, kira-kira jam 12 malam itu.

"Kami kemudian ke Seksyen 7 untuk membantu seorang rakan yang motosikalnya rosak," katanya pada sidang media di rumah keluarga Aminulrasyid di sini.
Pelajar itu bagaimanapun hanya menjawab beberapa soalan sebelum beredar dengan diiringi beberapa lelaki dan seorang wanita dikenali, Monaliza Mokhtar, yang mendakwa wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah.

Muhamad Azamuddin berkata, kumpulan penunggang itu mengejar mereka sehingga di Bulatan Kayangan, Seksyen 12, apabila sebuah motosikal terlanggar belakang kereta berkenaan sebelum penunggangnya terjatuh.

Katanya, Aminulrasyid bagaimanapun terus memecut kerana takut dan apabila sampai di Kompleks PKNS, kereta dipandu Allahyarham memotong sebuah kereta peronda polis yang kemudian bertindak mengejar mereka.

Muhamad Azamuddin berkata, walaupun diarah berhenti, Aminulrasyid terus memecut dan setiba di simpang berhampiran sebuah stesen minyak di Seksyen 11, dia terdengar bunyi tembakan sebelum menyedari tayar kereta itu pancit.

Katanya, polis kemudian melepaskan satu lagi tembakan yang mengenai belakang kepala Aminulrasyid selepas Allahyarham masih enggan memberhentikan keretanya.

“Tubuhnya terus rebah di riba saya, manakala kereta terus bergerak kerana kaki Aminulrasyid masih menekan pedal minyak sehingga ia terbabas dan melanggar tembok sebuah rumah,” katanya.

Muhamad Azamuddin mendakwa, sebaik kereta itu berhenti, dia keluar dari kenderaan untuk menyerah diri tetapi diterajang serta dibelasah oleh lebih lima anggota polis, selain diacu dengan senjata.

“Saya bagaimanapun dapat lari dengan melalui sebuah sekolah berhampiran untuk pulang ke rumah,” katanya yang turut menunjukkan kesan kecederaan yang dialaminya di tangan kanan dan beberapa bahagian tubuh lain.

Muhamad Azamuddin berkata, laporan polis mengenai kejadian itu hanya dibuatnya pada malam hari kejadian.

"Petang itu, saya melihat berita di televisyen melaporkan saya dan Aminulrasyid adalah suspek yang terbabit dengan kes samun. Saya rasa tidak puas hati kerana laporan itu tidak benar. Oleh itu, saya membuat laporan polis untuk menjelaskannya," katanya.
Sumber : Berita Harian

Petikan Ketua Polis Negara:-
<"Menurut Musa, beliau tidak mahu membuat seberang spekulasi mengenai perkara itu."Ia berlaku sekitar jam 2 pagi dan kenderaan itu dibawa dalam keadaan yang mencurigakan. Anggota saya tidak tahu sama ada pemandu kereta itu orang dewasa ataupun tidak kerana keadaan adalah gelap.

"Apabila seseorang enggan berhenti dan terus memandu apabila diarahkan oleh polis supaya berhenti, maka kenderaan berkenaan boleh dianggap sebagai senjata kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada anggota penguatkuasa,” kata Musa >

***********
Macam2 spekulasi timbul ekoran kes penembakan adik AminurRashid ni..Setiap orang ada tanggapan masing2.Siapakah yang patut disalahkan ??Pihak Polis yang sesuka hati nya menembak atau adik Aminurrashid yang diketahui baru berumur 15 tahun yang sesuka hati nya memandu tanpa lesen..

Entah la, pe citer sebnrnyer disebalik kejadian ini, semua pihak buat andaian masing2 sbbnya tiada siapa pon yang tahu crita sebenar..Mana yang sokong polis, akan trus mempertahannya dan begitulah sebaliknya..Sehingga lah, adenya pengakuan rakan Adik Aminulrashid dan lepas ni akan timbul la plak isu2 lain..
Adess, ape la nk jadi dengan keadaan Malaysia skrg ni...Tembak menembak dh jadi sesuka hati, sesedap rase..(termasuk kes tembak Pengawal Keselamatan Istana Kelantan..).Pistol skrg ade merata2..Takutnyer bile pk2 blik..Mane kemanan yang dulunya dibangga-banggakan..Rase dh mcm same kat negra luar jer...


* Xkan polis suh berhenti tp xbhenti dah kena tembak, Kejar la keta tu, stkt budak 15 tahun bawak keta xkn xleh nk kejar....At least bg la, tembak warning ker..Ni x, trus target kat pemandu..Memang la xbrada di posisi polis tu,xtau samada die panik ke aper ke tp dh tugas die dan sepatutnya tahu bile masanya nk guna pistol...
Daripada kejadian ini patutnya polis lain dapat pengajaran,kalu x nampaknye akan ade lagi kejadian same berlaku.

Miss Cahaya : Dah jadi risau tentang keselamatan di negara sendiri....

 

myVi scratch again...~

~Not my Myvi, but pakcik google nyer car...~But same color of mine...~

MyVI scratch....uhuhuh..

myVi scratch again..adess, nmpaknyer kena tukr btul la bumber die ni...cian kt myvi aku...huhuhu..

Igt lg first time bumper kena cium, ms tu time raye pose...jalan kira jem jgk la sbb ramai nk kuar g beraya...

PAstu, tibe2 gedegangg...alamak, OMG..myVi....uhuhu..turun tgk bumper blkg dh jatuh terseret...arghhh..geramnyer aku kt org punyer kete ni..

Tp ms tu xkate ape la, sbb yg melanggar nyer seorang pakcik,tersengih2 jer la kuar..family plak tu..

Tp seyes mmg die slh, xtgk kete depan.Masa tu dh agak dh mesti kena cium..sbbnyer mmg mase tu kete sume grk slow2, die plak bleh xtgk dpn..(tau sbb tgk ikut cermin pandg blkg..).

Tp nsb baik jgk la pakcik tu jenis yang ok, die trun2 siap tyer bape ni nk baiki...
(DH tau slh kn..)

Dengn berbudi bicaranya, cmpur tolak bahagi pakcik tu pon bg la RM200..
AKu pon xsure jgk bape harga nk baiki tp yg aku tau, mmg aku geram + sedih sbb my car kena langgar....agrhhhhhh!!!!!!...syg gler sbb bru lg kn...dh kena cium..uhuhu.

Bumper jth sbb klip die patah, ades...tp since lps ltk klip tu, dh lkt blik..tp
nmpak ler mcm longgar jer bumper tu..Nk xnk, pakai jer la mcm tu..Tp kena jaga2 la tkt tertanggal la plak klip tu..

Pastu,ada ari tu terlanggar lar plak motor org. Mcner ntah bleh xprasan ade motor parking kt blkng...Isk2..Tukar klip lain plak...Nmpaknyer mmg dh kena tukar ni bumper br ni...


Moral of story : Hati2 bila memandu..Ingt la kete anda n orang tersayang...

Barat VS Timur?? Kajian menarik~

Semasa surfing internet, ada la terjumpe pendapat/kajian mengenai perbezaan Barat dan Timur.Gambar ni telah di'create'kan oleh Yang Liu,seorang warga China tetapi telah berpindah ke German.So, untuk tunjukkan betapa bezanya 2 budaya negara ini, beliau telah visualkan mengikut simbol dan gambar..erm,menarik untuk dikongsi bersama...so, korang layan jer la eh...

Blue represents Germany and the Red – China.

Punctuality – We run on “Asian time”.

The next picture represents how the different societies view the Boss. In China the Boss is all important..

Telling the truth – Most Chinese will avoid confrontation as much as possible.

Transportation

This is the different approach to problem solving…

Connections and contacts – This is probably the most true one of the bunch. An Asian will know an Asian will know an Asian who knows an Asian who knows an Asian…etc.

Traveling and recording memories

Noise level inside a restaurant – Chinese people do talk really loud — ALL THE TIME.

At a party – This is so true.


Miss Cahaya: Bile tgk sume pic2 ni, mmg ade kebenaranya..(ermm...i'm thinking right now..........)

Sumber : http://www.doobybrain.com/2008/01/18/east-vs-west-cultural-differences-by-yang-liu/#more-3498

http://nitawriter.wordpress.com/2008/02/08/difference-between-the-east-and-the-west-in-pictures/


Jadi mewah tulis blog

SIAPA sangka bermula dengan hanya memiliki blog peribadi serta menulis sekadar mengisi masa terluang, Mira Abu Bakar, 35, kini berpendapatan melebihi RM10,000 sebulan hasil daripada menulis blog.

Malah dengan pendapatan itu, dia mampu membeli barang berjenama mewah serta bercuti ke luar negara seperti Paris dan London. Mira juga tidak malu mengakui yang segala keperluannya daripada hujung rambut hingga kaki ditaja syarikat pengiklan. Malah kini pengunjung blognya sudah mencecah lebih empat juta orang dan di kalangan penulis blog, nama Redmummy.com menjadi blog peribadi paling popular dan menerima komen terbanyak daripada pembaca.

Namun menurut ibu kepada dua anak iaitu Shameel, 9, dan Melysha, 6, untuk berada pada tahap sekarang tidak semudah disangka. Ini kerana sebagai penulis blog dia terpaksa mengorbankan banyak tenaga dan masa untuk dikenali seperti sekarang.

Bercerita pembabitan awal dalam penulisan blog, menurut Mira dia menulis hanya sekadar suka-suka, seperti sebuah diari tetapi diadaptasikan secara online.


"Ketika itu saya menjadi peserta akhir untuk rancangan Fear Factor Malaysia pada 2005. Saya diminta makan testikel kambing dan badan digantung terbalik di Jambatan Putrajaya.

"Ketika itu setiap memori indah dalam Fear Factor saya coretkan dalam blog. Lama-kelamaan menjadi kemestian. Ketika itu blog peribadi masih belum popular dan saya antara pelopornya," katanya.

Menurut Mira, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang.

"Saya memang tidak sukakan iklan, tetapi kerana terpengaruh dengan suami saya lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis dia menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan.

"Memang saya sangat teruja ketika itu. Tidak sangka menulis boleh mendapat duit walaupun jumlahnya kecil," kata Mira.

Pendapatan pertama menyebabkan Mira semakin bersemangat menulis. Menariknya, blog Mira menceritakan mengenai apa sahaja. Bukan hanya menjurus kepada pengalaman peribadi tetapi termasuk panduan keibubapaan, solekan, fesyen, perhiasan seperti beg tangan, anting-anting juga ulasan filem, konsert, teater serta majlis anugerah seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Skrin dan Anugerah Bintang Popular.

"Inilah antara rahsia mengapa blog saya mendapat ramai pengunjung. Tambah pula pembaca tidak terhad kepada kaum ibu saja tetapi terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang," katanya.

Jika dulu, Mira hanya mengharap kepada iklan Nuffnang tetapi kini kerana populariti, Mira juga dijemput untuk menghadiri pelbagai acara perasmian produk terbaru seperti susu, alat solek, pakaian, salun dan spa sehinggalah alat teknologi seperti kamera dan telefon bimbit.

"Selepas menghadiri acara ini, saya diminta membuat ulasan mengenai produk yang saya gunakan di dalam Redmummy.com. Setiap ulasan yang saya keluarkan di dalam blog adalah berbayar," terang Mira yang menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog.

Dengarnya memang menyeronokkan, tetapi ujar Mira sejak menjadi penulis iklan masa tidurnya sudah tidak menentu. Ini kerana pada masa sama, dia juga bertugas sebagai Eksekutif Setiausaha di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur City Center (KLCC). Sebagai setiausaha, sudah tentu dia terpaksa mendahulukan tugas di pejabat kemudian barulah mengemaskini blog peribadi.

"Selepas waktu pejabat biasanya saya menghadiri majlis pelancaran produk sekiranya ada, waktu malam baru saya mengemaskini blog. Ada kalanya sehingga jam 3 pagi," akuinya.

Menurut Mira, dulu dia hanya membuat satu catatan saja sebulan. Tetapi sejak tiga tahun lalu dia semakin aktif menulis dan mengeluarkan lapan penulisan sehari secara penerbitan auto. Malah ada mencecah 10 catatan sekiranya ada ulasan untuk iklan.

"Saya perlu banyak idea untuk menghasilkan penulisan pelbagai. Saya juga tidak menggunakan bahasa Melayu baku dan menggunakan bahasa sendiri untuk mendekatkan diri dengan pembaca," katanya.

Oleh kerana kemeriahan serta kepelbagaian corak penulisan menyebabkan redmummy.com menerima anugerah Top Parenting Blogger untuk blog berbahasa Melayu anjuran Nuffnang serta memenangi Blog Idol pada 2006 disebabkan keceriaan blog bertemakan merah.

Mira juga mempunyai orang kuat iaitu Geng Blog Merah seramai lima orang dan mereka inilah yang akan menyelaras program anjuran Redmummy.com. Antaranya Hari Keluarga Redmummy.com yang diadakan di Putrajaya tahun lalu.

"Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi perkenalan, permainan untuk kanak-kanak, sukaneka dan sesi menikmati makanan yang dibawa oleh semua pembaca blog Redmummy. Ini juga sebagai penghargaan kepada pembaca setia yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Redmummy.com," kata Mira.

Tambahnya, aktiviti ini mampu mengeratkan hubungan pembaca blog Redmummy.com dan secara tidak langsung menunjukkan penulis blog juga mempunyai pengaruh tersendiri terhadap khalayaknya.

Kebanyakan pengunjung setia blognya juga mempunyai blog peribadi. Ada yang bertanya bagaimana menjana pendapatan dengan menulis blog. Mereka harus mempunyai semangat yang kuat serta tidak kenal erti putus asa.

"Paling penting menjadi penulis blog tegar perlu mendapat restu suami, ini kerana banyak masa dihabiskan di hadapan komputer. Jadi jika suami memahami, segalanya akan menjadi mudah.

"Bagi suri rumah mungkin mereka boleh melakukannya pada waktu siang selepas membuat kerja rumah. Jangan sehingga asyik berblog menyebabkan rumah tangga menjadi kucar-kacir," katanya.

Sekiranya dalam masa setahun atau dua tahun masih tidak menerima sebarang pendapatan, baginya itu perkara biasa kerana menulis blog memerlukan kesabaran tinggi.

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.

2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.

3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.

4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.

5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.

6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.

7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.


Sumber : Metro

P/s : Byknyer income die...ni semgt nk wat blog ni...~=p

Eh, Kak..!!

Luangkan mase tulis N3 ni jap..thehehhe~

Semalam g jenjalan kt uptown Danau Kota, Setapak, tibe2 jeng2...

Ade orang panggil....

Orang itu : Kak..!kak!!...
Syaye : (*wat xtau..igtkn ade orang nk ngurat.....)
Orang itu : Kak.....
Syaye: (...tgk die..)
Orang itu : Eh, kak ni oghe keltae ko?
Syaye : Hom..(..tye dlm hati.alamk, kenal ke..?)..
Orang itu : Dok mache?
Syaye : Hom..(ish, sape plak ni..)
Orang itu : Patutla rajin kelih....
Syaye : Sapo ni eh?
Orang itu : Saye adik Kamarul(..bukan name sebenar.....).Tok kenal ko?
Syaye : Sapo eh? (..tye die blik, seyes aku xcam la dia nih..ntah sape2..)
Orang itu : X kena ko...bla..bla...

Orang itu pon xplain la...Die tu duk kt sbelah kg upenyer...slalu la g lepak kg syaye tuh..
ISh,tp aku stil xcam dia nih..uhuhu..xdpt nk recall muka die dlm kotak fikiran...huahauha...
Pastu, akhir kate, aku pon ckp ler kalu tgk abg die tuh, aku cm kot...ehehhe...


The end~
-
-
Abis drama sebabak untuk n3 ni..ehehhe..
..* pe sbenar nk nk citer ni..??
Actually, nk bgtau ...
dlm rmai2 org kt kl ni, leh plak jmpe org sekampung ~(kecik nyer dunia)
betapa peramah nyer org2 kmpung ku~(wink2...)
die leh cam aku, aku xknl lnsg die nih~( i'm da fames one in my kmpung..hohohoh~)